Wednesday, 5 December 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN

Asslammualaikum kepada semua ahli BKPPM Muar dan Ledang..

Rasanya da lama saya tak mencoret apa2 di blog ini...ialah 5 bulan lepas memang busy dengan keadaan Guru Besar yang tak berapa sihat..dan akhirnya telah pergi meninggalkan kami warga SK ISMAIL SATU buat selamanya..pada 15 Oktober 2012...

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, BKPPM akan mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun Hi Tea di Hotel Pelangi Muar pada 18 Disember 2012 jam 3.00ptg. Semua ahli yang berminat untuk hadir...dijemput menghadirkan diri...bukan apa pun..cuma kita nak lebih beramah mesra di hujung tahun ini..ada beberapa hadiah kejutan untuk mereka yang hadir....tunggu ya....

Tema kita hitam putih dan majlis itu nanti akan disajikan dengan persembahan band D Educators....heheheh...ada cabutan bertuah lagi....

Harapan saya agar segala aktiviti yang kita jalan kan mendapat sambutan dari anda semua....

Oh yaa..sebelum saya terlupa, mungkin pada 19 atau 20 hb 12 nanti ..satu kursus pengurusan fail akan diadakan untuk kita semua...jadi..tunggu saja surat dari PPD ya...

Akhir kata,

Kerjasama dari anda amatlah saya dan barisan AJK hargai....

Saturday, 7 January 2012

Salam Tahun Baru 2012

Assalammualaikum,
Kepada rakan-rakan PPM sekalian..

Selamat tahun baru 2012.Bekerjalah dengan penuh keazaman dan berwibawa serta ikhlas. Dalam kita meniti sepanjang tahun ini...janganlah kita suka mencari dan memberi pelbagai alasan untuk tidak bekerja dengan sebaiknya..kerana orang yang suka memberi alasan adalah orang yang tidak akan berjaya dalam hidupnya.Jangan malu untuk bertanya kerana ianya akan merugikan kita sahaja.
Insya allah pada tahun ini..blog ini akan sentiasa di update untuk kemudahan kita semua
Akhir kata,tanya diri kita di manakita sekarang..

"Tak tahu dan tak mahu"
"Tahu dan tak mahu"
"Tahu dan mahu"
"Tak tahu dan mahu"



Ikhlas dari,
Pengerusi BKPPM