Thursday, 22 December 2011

Tugasan Baru mencipta blog bagi Badan Kebajikan PPM Muar Ledang..

Assalammualaikum..pembuka bicara...

Badan Kebajikan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Daerah Muar dan Ledang ini telah ditubuhkan pada 10 Februari 2009 semasa Prasekolah dibawah pentadbiran Tn Hj Latib bin Mohamad. Seramai 127 orang Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah termasuk didalam Badan Kebajikan ini.Organisasi Badan Kebajikan ini terdiri daripada seorang pengerusi,naib pengerusi,setiausaha,bendahari dan dua orang ketua AJK setiap zon dimana terdapat 3 orang lagi ahli dibawahnya.Walau bagaimanapun Badan Kebajikan ini tidak lah wajib untuk semua PPM Prasekolah tetapi amatlah digalakkan untuk menyertainya kerana terdapat banyak faedah yang akan didapati dari tertubuhnya Badan Kebajikan ini.

Bermula dengan kutipan ahli sebanyak RM60.00 bagi setiap tahun, komitmen yang diberikan oleh jawatankuasa yang lain amatlah menggalakkan walaupun ada di antara mereka yang tidak mahu turut serta dalam organisasi ini. Perkahwinan, Kelahiran, kematian dan program-program atau aktiviti-aktiviti yang lain semuanya diataur oleh Badan Kebajikan PPM Daerah ini setakat ini mendapat sambutan dan sokongan yang kuat terutamanya dari pihak AJK Induk.


Rakan-rakan Pembantu Pengurusan Murid sekalian..ini adalah permulaan blog untuk badan kebajikan kita...diharap mendapat sokongan dari anda semua..sebarang info boleh la di tambah di blog ini..Gambar kat atas tu di snap semasa Perlawanan Persahabatan Bola Jaring Muar VS Pontian...hehehe..

Nukilan kata ikhlas dari,
Pengerusi 
Badan Kebajikan Pembantu Pengurusan Murid


No comments:

Post a Comment